Ramai orang ke dobi layan diri untuk membasuh pakaian mereka terutama sekali mereka yang tidak memiliki mesin basuh di rumah.

Malah, ketika musim hujan pasti dobi layan diri akan sentiasa penuh dan sebagai pelanggan, kita seharusnya menggunakan perkhidmatan ini dengan baik.

Baca Juga:

Terbaharu, tular sebuah video yang dimuat naik semula oleh pengguna di laman X dimana memaparkan pelanggan di sebuah pusat dobi layan diri.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat lelaki dan wanita tersebut yang dipercayai suami isteri bertindak memasukkan tilam bersaiz ‘single’ ke dalam mesin pengering.

Disebabkan saiznya yang besar dan sebenarnya tidak sesuai untuk memasukkan tilam membuatkan wanita terbabit menggaru kepalanya apabila tilam itu tidak muat masuk dalam mesin pengering.

Hal itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa hairan dengan tindakan pasangan tersebut serta mengatakan mereka sepatutnya hantar ke pusat dobi yang menawarkan khidmat mencuci tilam.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mengatakan mungkin mereka pertama kali mahu mencuci tilam dan berfikir boleh melakukannya di dobi layan diri.

Malah, ada juga netizen yang mengecam tindakan pasangan tersebut kerana tiada common senses dan menyifatkan tindakan dua pelanggan itu tidak wajar.