Negara kita sememangnya dikenali dengan kehebatan animasi 3D seperti Boboiboy, Ejen Ali dan banyak lagi. Malah, sudah terdapat beberapa bakat dan studio permainan video tempatan yang turut berpeluang berkerjasama dengan syarikat penerbit permainan video terkemuka di peringkat global.
Terbaharu, sebuah studio permainan video tempatan yang dikenali sebagai Lemon Sky Studios (Lemon Sky) telah berkongsi dan mengambil peluang dalam membuat hasil seni rekaan untuk permainan real-time strategy bersama Ubisoft Blue Byte (Ubisoft). Permainan tersebut dinamakan sebagai The Settlers: New Allies.
Baca Juga:
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
“Kami dengan bangganya mengumumkan Lemon Sky ada membantu dalam pembuatan The Settlers: New Allies. Ramai antara kami adalah pengikut setia sejak tahun 1993. Kami juga berasa sangat seronok apabila Ubisoft mengeluarkan versi reboot ini.” ujar Ken Foong, Ketua Eksekutif dan Ketua Pengawai Operasi Lemon Sky Studios.
Beliau juga berharap agar kolaborasi seperti ini akan berterusan untuk masa hadapan. Difahamkan Lemon Studio Sky ditugaskan dalam pembinaan bandar yang mana meliputi lebih dari 100 jenis bangunan yang berada di dalam permainan The Settlers itu.
Untuk makluman, Lemon Sky Studio ini sangat terkenal dengan pembabitan mereka di dalam permainan bergred AAA seperti Hi-Fi Rush dari Tango Gameworlds, The Last of Us Part 1 dari Naughty Dog dan Rachet & Clank: Rift Apart dari Imsoniac Games.