Suami kepada Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana didakwa menyeleweng wang atau dana syarikat bekas isterinya bernilai RM1.7 juta.

Bekas isteri Tiko iaitu Arina Winarto telah membuat satu laporan polis ke atas Tiko di Jakarta Selatan.

Syarikat tersebut sebenarnya ditubuhkan oleh Tiko dan Arina. Di mana ketika itu Arina merupakan pemegang saham dan Tiko pula menjadi pengarah syarikat, menurut peguam yang mewakili Arina.

Ketika penubuhan syarikat itu, modal sepenuhnya dikeluarkan oleh Arina. Dan Tiko diisytihar sebagai pemilik bersama atas dasar hubungan suami isteri antara mereka.

Tiko didapati telah menggelapkan wang syarikat sejak 2015 sehingga 2021.

Peguam yang mewakili Arina turut menambah, anak guamnya meletakkan kepercayaan penuh kepada Tiko dalam urusan kewangan syarikat mereka.

Arina kemudian mendapati ada sesuatu yang tak kena dalam laporan pendapatan syarikat mereka pada 2019. Dan konflik bermula di situ apabila syarikat mereka berdepan dengan masalah untuk membayar sewa.

Satu siasatan dan audit menyeluruh dibuat oleh Arina dan mendapati bahawa dana sebanyak RM1.7 juta hilang entah ke mana. Orang yang bertanggungjawab adalah Tiko yang mengendalikan urusan perniagaan dan kewangan syarikat mereka.

Lalu Arina membuat laporan polis pertamanya pada 2022 berkenaan dengan perkara itu. Kini kes itu masih disiasat dan polis mengesahkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dilakukan.

Tiko ketika ini masih belum mahu mengulas tentang berita tersebut. Dan pihak polis mengesahkan bahawa kes itu masih di dalam siasatan.

Polis Jakarta Selatan menyatakan: “Ketika ini, kes ini masih dalam siasatan. Sekarang, kami sedang mengumpul segala bukti dan siasatan menyeluruh akan dilakukan.”

https:/twitter.com/i/status/1798167642853032025