Pasangan suami isteri yang mengambil upah sebagai penghantar makanan telah menipu transaksi nasi Pakistan.

Kejadian itu ditularkan di media sosial. Di mana pasangan tersebut telah menerima tempahan daripada pelanggan, dan kemudian menyunting resit palsu untuk diserahkan kepada peniaga.

Peniaga kemudian memberikan mereka nasi Pakistan. Dan peniaga tidak menerima sebarang bayaran. Dan menanggung kerugian sekitar RM200,000.

Salah satu transaksi adalah melibatkan 120 pax nasi Pakistan yang dibeli seorang dermawan untuk disedekahkan kepada anak yatim.

Kedua dua pasangan tersebut ditangkap oleh peniaga itu. Yang menjelaskan bahawa mereka masih lagi muda berusia lingkungan 20-an.

Peniaga tersebut meminta sesiapa yang ada membuat pembayaran tersebut untuk tampil menghubungi mereka. Ini untuk proses menuntut bayaran daripada pasangan tersebut.

Netizen geram dengan kelakuan kedua dua mereka namun simpati dengan anak mereka yang masih kecil yang turut bersama dengan mereka.

Ada yang berkata: “Dah kahwin tu jangan lah amek risiko yang bukan bukan. Semua tu melibatkan anak bini, suami.”