Seorang pencipta konten OF dari Turki, Azra Ay Vanda ditahan pihak berkuasa selepas dia mendedahkan rancangannya mahu meniduri 100 lelaki dalam masa 24 jam.

Azra menegaskan bahawa dia mahu mencipta rekod baharu untuk Turki.

Perbuatan itu dianggap bertentangan dengan budaya di Turki terutama sekali negara itu negara Islam.

Azra dan suaminya kemudian ditahan oleh pihak polis. Azra mendakwa polis telah mengaibkanya dengan menggunakan kekerasan ketika menahannya.

Azra yang memiliki 200 ribu pengikut di X menulis di platform tersebut: “Matlamat saya adalah memecahkan rekod Turki dahulu. Kemudian barulah rekod dunia. Saya mahu memulakannya dengan meniduri 100 lelaki dalam masa 24 jam.

“Kami akan mengatur proses permohonan dan kemudian butiran yang berkaitan. Pasukan saya akan berkongsi dengan kamu.”

Azra sebelum ini mendapat tahu seorang pencipta konten OF dari UK, Bonnie Blue telah mendakwa dia memecahkan rekod dunia meniduri 1057 lelaki dalam 12 jam. Seterusnya Lily Phillips meniduri 100 lelaki dalam 24 jam.

3 hari selepas pengumuman dia mahu mencipta rekod itu, Azra dan suaminya, Pedram Behdar telah ditahan oleh pihak berkuasa Turki.

Azra memberitahu peminatnya menerusi X: “Sejak awal proses penahanan kami telah didera. Mereka merangkul saya dengan ganas, menarik rambut saya dan menolak saya ke lantai. Mereka pukul saya, malukan saya dan menyakiti saya.

Suaminya kemudian tampil mempertahankan tindakan isterinya. Di mana menurutnya, isterinya telah dilayan dengan undang undang pilih kasih.

Dia menulis di X: “Jika lelaki menyatakan dia nak meniduri 100 wanita, dia akan dijulang sebagai lelaki sejati, syabas. Namun bila tiba kepada wanita, mereka ditahan.

“Dan apakah had untuk melakukan hunbungan kelami di Turki? 99 ke? Beritahu kami, supaya kami bertindak mengikut garis undang undang.”

Turki sebenarnya sudah mengharamkan laman OF di negara itu sejak 2023 lagi.