Kecoh baru-baru ini apabila Puteri Sarah Liyana sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila beliau dikatakan tidak menghormati tempoh iddah setelah bercerai dengan bekas suami, Syamsul Yusof.

Jika sebelum ini bapa mertuanya, Yusof Haslam tampil untuk ‘backup’ beliau, kini beliau sendiri memberi respon isu tidak menghormati iddah.

Baca Juga:

Menurut Puteri Sarah, keluar bekerja sepanjang tempoh iddah bukanlah masalah yang perlu dibangkitkan. Tambahnya lagi, beliau sudah membuat rujukan hukum daripada pakar serta memaklumkan kepada bekas suaminya.

“Saya tiada masalah berkenaan isu iddah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.

Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya, keluar sebab kerja.” respon Puteri Sarah Liyana.

Pelakon ini memaklumkan tidak terasa hati dengan ‘buah mulut’ mengenai isu iddah melibatkan penceraian beliau yang berlaku pada 14 Jun lalu.

Puteri Sarah turut memaklumkan orang ramai sedia maklum beliau sememangnya sibuk bekerja serta kerap berkongsi di media sosial untuk memaklumkannya.

Sumber