Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Khalid menegaskan bahawa siasatan berkaitan rasuah terhadap suaminya, yang juga bekas menteri kewangan, dibuat kerana kejayaannya yang dijadikan alasan untuk memfitnahnya.

Sebelum memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi, Naimah membaca satu keterangan — mendakwa siasatan terhadap suaminya adalah kempen untuk memutar belit maklumat dan persepsi beliau seorang yang perasuah semata-mata kerana sangat kaya, petik Free Malaysia Today.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Suami saya dianiayai disebabkan kejayaan itu, kejayaannya kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

“Sebagai sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan industri sehingga mengecap kejayaan, malah ia menguntungkan negara melalui pembangunan membina ekonomi dan peluang pekerjaan,” katanya yang ditemani dua anaknya Muhammed Amir dan Muhammed Amin.

Siasatan terhadap Daim itu dipercayai berkait sitaan bangunan Menara Ilham milik Daim oleh SPRM pada Disember lalu.

Tambah Naimah lagi, suaminya adalah seorang ahli perniagaan berjaya dan menjadi hartawan sebelum menganggotai Kabinet pada 1984.

Dakwanya, walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menyukai Daim, beliau seharusnya menghormati prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Inilah yang dilakukan perdana menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram tanpa memberikan sedikit pun bukti.

“Adakah perdana menteri mencadangkan ahli perniagaan Melayu yang berusaha keras dan berkebolehan tidak boleh menjadi kaya tanpa menggunakan jalan tidak sah atau haram?,” kata isteri Daim lagi.