Seperti ramai sedia maklum, pemberian makanan kepada bayi haruslah diberikan apabila usia bayi berumur 6 bulan ke atas. Selain itu, pemberian makanan yang diberikan haruslah bermula daripada makanan yang tidak manis seperti bubur terlebih dahulu.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pengguna TikTok @fatin_aziera memuat naik video menyuapkan cendol durian pada bayi yang baru sahaja berusia 3 bulan.

@fatin_aziera

Dari dia dlm perut mama dia, cendol durian ni je yg dia tk dpt. Air liur meleleh sampai 3 bulan lebih. So harini mama dia izinkan maklong dia suap cendol durian ni 😂 mengelejat pulak tu dh dpt 😅 #babiesoftiktok #mengidampunyapasal

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Menurut individu yang memuat naik video, ibu kepada bayi ini mengidam untuk memakan cendol durian sewaktu mengandung namun tidak kesampaian yang didakwa menjadi punca bayi mengalami masalah drooling atau air liur meleleh.

Pemberian cendol durian dalam kuantiti yang sedikit kepada bayi dikatakan menjadi ikhtiar bagi mengurangkan masalah air liur meleleh pada bayi berkenaan.

Tindakan yang dilakukan nampaknya telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen di mana rata-ratanya mempersoalkan tindakannya menyuap makanan pada bayi di bawah 6 bulan.

Sumber: TikTok @fatin_aziera
Sumber: TikTok @fatin_aziera

Sementara itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan turut membuat perkara yang sama pada bayi berusia 3 bulan dengan memberikan durian bagi mengurangkan masalah air liur meleleh.

Untuk pengetahuan, pemberian sebarang makanan pada bayi berusia 6 bulan adalah tidak digalakkan kerana berkemungkinan bakal memberi kesan kepada pencernaan bayi tersebut.

Para ibu dicadangkan untuk mulai dengan memberi yang lembut dan tidak manis seperti bubur terlebih dahulu manakala pemberian makanan yang mengandungi gula yang tinggi tidak dicadangkan untuk bayi di bawah 2 tahun.

Sumber