Selama 2 episod bersiaran pada Ahad jam 9 malam di TV3, program realiti nyanyian duet Famili Duo ternyata menghiburkan para penonton disebabkan celoteh pengacaranya Uyaina Arshad, Mark Adam dan Didie Alias sebagai juri serta para peserta duetnya.
Untuk pengetahuan anda, rancangan ini berkonsepkan nyanyian duet dalam kalangan selebriti popular di Malaysia yang akan bergandingan bersama ahli keluarga mereka bagi merebut hadiah juara mingguan berupa wang berjumlah RM10,000 bagi satu pemenang.
Setiap episod mempunyai tema pasangan ahli keluarga yang berbeza dan semalam merupakan episod yang menampilkan lima pasangan duet anak-beranak. Salah satu pasangan yang bersaing semalam adalah pasangan pelakon terkenal Sharifah Shahirah atau disapa sebagai Kak Rara yang berduet bersama anak sulungnya juga pendatang baru, Allisya Tahir.
Nama pasangan tersebut menjadi perbualan netizen selepas mereka melakukan persembahan nyanyian lagu Standing In The Eyes Of The World yang dipopularkan oleh Ella yang dikatakan sangat menghiburkan bak kata orang ‘macam buat konsert sendiri’.
Sharifah Shahira & Tallisya – Standing In The Eyes Of The World#PersembahanPenuh #FamiliDuo pic.twitter.com/7UYKzLiP6M
— tv3malaysia (@tv3malaysia) February 21, 2021
Tidak kering gusi dibuatnya bahkan menghiburkan hati apabila melihat gelagat spontan dan bersahaja di atas pentas seperti ditampilkan oleh Sharifah Shahirah ketika melakukan persembahan duet bersama anaknya itu.
Malah, kedua-dua juri, Mark Adam dan Didie Alias juga tidak berhenti ketawa menyaksikan persembahan Sharifah Shahirah yang seakan-akan meniru gaya nyanyian seperti Ella. Jika tidak melihat persembahan tersebut, ramai yang beranggapan bahawa Ella yang menyanyikan lagu itu.
Lantaran itu, para netizen turut melontarkan komen dan rata-rata mereka berasa kagum dengan sikap Sharifah Shahirah yang sentiasa berkeyakinan diri yang tinggi dan pada masa yang masa mereka terhibur dengan gelagat persembahan duet tersebut.
Habis punahh harapan si anak nak jadi penyanyi dah mak pun ting tong atas stage 🤣 pic.twitter.com/CshS3YZM02
— Yon (@Amrlamnnn) February 21, 2021
Bagaimanapun, persembahan duet Sharifah Shahirah bersama anaknya berjaya menghiburkan juri dan Didie Alias selaku juri tetap telah memberikan rating lima microphone buat pasangan anak-beranak itu.
Setiap ibu pastinya sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat anak-anaknya berjaya. Begitulah juga dapat dilihat daripada sisi sebenar keikhlasan keibuan Sharifah Shahirah yang ingin melihat anaknya berjaya menjadi seorang penyanyi terkenal menerusi platform rancangan ini. Apa pandangan anda?
Baca lagi perkongsian kami yang lain menerusi klik pada pautan di bawah.
Peminat Terkesima Lihat Sharifah Shahirah Selamba Pandu Lotus 311 Bernilai RM640,855 Dengan Baik
Janna Nick Tutup Akaun Instagram Dan Twitter Selepas Didakwa Persenda Artis K-Pop