Netizen berbelah bahagi pandangan tentang lontaran ke dalam Matthew Davies yang dianggap tidak sah kerana kakinya melonjak ketika melakukan lontaran.
Pada aksi Kuching City vs JDT, lontaran ke dalam Davies itu menjadi asas kepada pembinaan gol Bergson secara tidak langsung.
Peminat bola sepak merasakan bahawa pengadil atau pembantu pengadil harus membatalkan lontaran ke dalam Davies itu kerana kakinya melompat.
Bergson meletakkan JDT dihadapan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA ini!
Pemain Kuching City tidak berpuas hati selepas Ramadhan Saifullah dijatuhkan sebelum jaringan berlaku.#PialaFA2526 pic.twitter.com/bYYcYIBDRf
— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) November 9, 2025
Bekas pengadil, Subkhiddin tampill mempertahan lontaran Matthew Davies tersebut sebagai bersih.
Subkhiddin menjawab di X: “Saya fikir ‘thrower’ telah melontar dengan sempurna. Dia berdiri menghadap padang permainan.
“Ada bahagian kedua dua kakinya atas garisan atau di kawasan luar garisan padang.
“Melontar bola dengan kedua-dua belah tangan dari belakang dan melepasi kepala dari titik tempat bola keluar dari padang.”
Berkenaan dengan dakwaan bahawa Matt Davies ada melompat ketika proses lontaran ke dalam itu, Subkhiddin menjelaskan bahawa pemain itu melompat setelah bola dilontar dan dilepaskan.
“Kami pemain tersebut tidak menjejak tanah [melompat] hanya selepas bola telah dilontarkan dengan sempurna,” tambah pengadil legenda itu lagi.
Kaki pemain tersebut tidak menjejak tanah hanya selepas bola telah di lontar dengan sempurna. pic.twitter.com/aQz3cqsel1
— subkhiddin (@subkhiddin1) November 9, 2025
Dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA 2025 antara Kuching City dan JDT, pasukan JDT menang 2-1 di tempat lawan.
Bergson mencetak 2 gol pada separuh masa pertama dan awal separuh masa kedua. Kuching City merapatkan jurang gol pada separuh masa kedua menerusi gol Petrus Shitembi.