Sebuah kumpulan restoran di Singapura, Paradise Group baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas menghadiahkan seutas jam tangan berjenama mewah, Rolex kepada seorang ‘cleaner’ yang sudah berkhidmat sejak sekian lama.

Dalam acara makan malam tahunan kumpulan berkenaan baru-baru ini, 98 utas jam Rolex yang berharga sekitar SGD10,000 (RM34,542) telah dihadiahkan kepada pekerja yang telah lama berkhidmat dengan mereka tanpa mengira jawatan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Straits Times
Sumber Gambar: The Straits Times

Menariknya, salah seorang yang menerima jam tersebut adalah seorang ‘auntie cleaner’ berusia 67 tahun, Tan Ai Tee yang telah berkhidmat selama 10 tahun bersama kumpulan restoran berkenaan.

Menurut laporan, Tan mula bekerja seawal usia 16 tahun dan melakukan pelbagai kerja termasuklah menjual nasi ayam, memasang alatan komputer dan pernah juga bekerja sebagai pembantu jualan.

Sumber Gambar: The Straits Times

Tambah Tan lagi, beliau mula berkhidmat di Paradise Group pada tahun 2013 sebagai kakitangan dapur di salah sebuah restoran makanan laut milik kumpulan berkenaan sehingga ia ditutup pada 2016.

Selepas itu, beliau menjadi petugas pembersihan di ibu pejabat Paradise Group, bekerja untuk lima hari seminggu bermula jam 8 pagi sehingga 2 petang.

“Saya terharu dan gembira kerana bos menghargai saya sepanjang di sini. Tak sangka pekerja separuh masa seperti saya masih dapat juga jam ini”, ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, beliau audah menganggap syarikat berkenaan sebagai ‘keluarga’ dan tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka walaupun pada awalnya ingin berbuat demikian untuk menjaga anak mereka selepas suaminya bersara.

Menurut Tan lagi, ini bukanlah kali pertama beliau menerima hadiah penghargaan kerana beliau juga pernah menerima jongkong emas seberat 2.5 gram selepas 5 tahun berkhidmat, dan sebuah lagi jongkong emas seberat 5 gram selepas 8 tahun disana.