Jika anda seorang peminat barangan antik, mencari barang dalam keadaan baik bukanlah suatu yang mudah. Lebih baik keadaan barang, maka lebih mahal harga yang dipinta.

Hal ini sama juga dengan sebuah Apple iPhone generasi pertama dalam keadaan baik berjaya dilelong dengan 300 kali ganda harga jualannya. Nilai iPhone ini dilihat meningkat dengan drastik oleh kerana sudah berusia lama dan menjadi buruan peminat antik.

Baca Juga:

Sumber Gambar: LCG Auction

Terkini sebuah iPhone generasi pertama dengan storan 4GB telah dilelong pada harga $190,372.80 (~RM865,000) sebuah menerusi laman LCG Auctions pada Ahad lalu.

Sumber Gambar: LCG
Sumber Gambar: LCG Auction
Sumber Gambar: LCG Auction

Difahamkan kotak iPhone ini masih berbungkus rapi yang mana boleh dikatakan seperti baru keluar kedai. Ini menjadikannya iPhone generasi pertama paling mahal pernah dilelong dengan rekod sebelum ini iaitu $63,356(~RM287,794.63) untuk iPhone generasi pertama dengan storan 8GB.

Model 4GB dilelong pada harga lebih tinggi kerana dikeluarkan dalam jumlah yang lebih rendah sekaligus menjadikannya model yang lebih sukar dibeli. Semasa dijual pada tahun 2007, iPhone 2G dijual pada harga $499 (~RM2,275.44) sebuah.

Walaupun sudah berusia 16 tahun, nilai model iPhone ini dilihat naik mencanak beratus-ratus kali ganda kerana sering dikaitkan sebagai revolusi dalam mengubah rekaan telefon mudah alih dunia.

Sumber