Pada 10 Oktober 2021, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi tidak perlu memohon MyTravelPass untuk ke luar negara.
Akan tetapi, anda akan diminta untuk melakukan ujian swab sebanyak dua kali iaitu tiga hari sebelum kembali ke negara ini dan selepas selamat tiba. Malah, perlu menjalani tempoh kuarantin di rumah selama 14 hari.
Mesti ramai yang sudah tidak sabar mahu melancong ke luar negara selepas hampir 2 tahun tidak menjelajah ke luar negara. Berikut adalah destinasi yang sedia terima pelancong lengkap vaksinasi tanpa perlu kuarantin.
1. Perancis
Jika anda sudah terima vaksinasi lengkap, anda boleh memasuki Perancis tanpa halangan dimana hanya perlu sertakan bukti vaksinasi dan pernyataan bersumpah yang menyatakan bahawa anda tidak mempunyai simptom jangkitan COVID-19.
Malah, anda juga tidak berhubung dengan kes COVID-19 yang disahkan dalam 14 hari sebelum perjalanan anda. Anda mesti memuat turun dan mengaktifkan aplikasi TousAntiCovid ketika berada di sana. Maklumat lanjut boleh klik di sini.
2. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
Pelancong perlu memohon visa pelancongan untuk memasuki negara UAE, tetapi negara ini tidak mewajibkan pengunjungnya untuk menjalani kuarantin kecuali jika simptom COVID-19 ditunjukkan.
Walau bagaimanapun, pelancong mesti menjalani ujian PCR di lapangan terbang semasa ketibaan di negara terbabit. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang ini.
3. Maldives
Untuk melancong ke Maldives, semua pelancong perlu menunjukkan keputusan ujian PCR negatif yang dilakukan dalam masa 96 jam sebelum berlepas. Keputusan ujian mesti menunjukkan dengan jelas nama dan alamat makmal, serta tarikh sampel diambil.
Malah, hasilnya perlu dilampirkan pada borang Deklarasi Kesihatan Pengembara, yang mesti dihantar dalam talian dalam 24 jam sebelum ketibaan. Pengunjung diminta untuk memuat turun aplikasi TraceEkee dan menggunakannya sepanjang berada di sana.
4. United Kingdom
United Kingdom turut membuka sempadan negara tanpa memerlukan pelancong menjalani kuarantin. Akan tetapi, pelancong hanya boleh mendarat di salah satu daripada 8 lapangan terbang yang dibenarkan sahaja.
Walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah (EU) tidak mengiktiraf semua vaksin seperti Sinovac meskipun mereka masih mengkaji keputusan tersebut. Boleh lihat di sini untuk menyemak vaksin yang diterima oleh EU.
5. Ukraine
Ukraine telah menetapkan pelancong perlu sekurang-kurangnya satu dos untuk memasuki negara tersebut dan kuarantin tidak diwajibkan. Malah, anda juga perlu disahkan tidak mempunyai simptom jangkitan COVID-19.
Malah, para pelancong perlu juga membeli insurans perjalanan yang dikeluarkan oleh syarikat insurans berdaftar di Ukraine dimana meliputi kos berkaitan dengan rawatan COVID-19, pemerhatian, dan sebagainya untuk sepanjang tempoh tinggal di Ukraine serta perlu memuat turun aplikasi kesihatan kerajaan Vdoma.
6. Switzerland
Para pelancong perlu mengemukakan borang kemasukan yang perlu diisi di komputer atau telefon pintar sebelum memulakan perjalanan. Sebaik sahaja anda mengisi borang, anda akan diemailkan kod QR sebagai pengesahan.
Bagi anda yang lengkap vaksinasi, anda tidak perlu menunjukkan hasil ujian COVID-19 negatif atau menjalani kuarantin. Sementara itu, kanak-kanak di bawah usia 16 tahun juga tidak diminta untuk memberikan bukti ujian COVID-19 negatif semasa masuk ke Switzerland.
Walaupun anda sudah boleh melancong dalam dan luar negara, anda haruslah sentiasa mematuhi SOP dimana anda berada. Untuk dapatkan maklumat berkaitan COVID-19, anda boleh klik sini.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa tips untuk anda yang mahu melancong tidak lama lagi. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Ini 20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan
Tawaran Beli Tiket Penerbangan Harga Murah Dengan Ejen, 6 Tip Agar Anda Tak Kena Scam
Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu