Seperti yang diketahui umum, pelakon Zarina Anjoulie sedang bahagia dengan pasangannya, Datuk Seri Khazrul Elzey dan akan melangsungkan majlis perkahwinan tidak lama lagi.

Memetik laporan, bekas isterinya Elzey mula mengganggu hubungannya bersama Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju. Bagaimanapun, Ezley memberi amaran supaya jangan ‘sibuk’ mengenai hubungannya bersama Zarina Anjoulie.

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CnG6I28JS-K/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi perkongsian di TikTok story miliknya, kekasih Anju mendakwa telah bercerai dengan bekas isteri dengan talak tiga disebabkan nusyuz sekaligus hilang gelaran ‘Datin Seri’.

Dalam pada itu, Elzey memohon kepada bekas isterinya untuk tidak menganggu hubungannya serta berpesan supaya kembali bertaubat kepada Allah.

Sementara itu, dipercayai perkongsian video tersebut tidak dapat dikesan lagi, kemungkinan telah dipadam.

Baru-baru ini, Anju turut berkongsi berita gembira iaitu menempah baju perkahwinan dan bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati tidak lama lagi.