Sebut sahaja Tasik Cermin, Ipoh, pasti ada daripada anda pernah tiba ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Jika dahulu masuk percuma tetapi sejak tahun 2022, anda dikehendaki untuk membuat pembayaran masuk ke Tasik Cermin ini.
Bagi memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung, Tasik Cermin 2 diwujudkan dimana para pengunjung akan menaiki bot disediakan melalui terowong untuk menerokai kawasan tersebut serta dapat mengetahui banyak cerita tentang tempat itu.
Baca Juga:
- Naik ETS Ke Ipoh, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Singgah Untuk ‘Day Trip’
- Disyorkan Oleh Orang Ramai, Ini 5 Tempat Makan Viral Yang Patut Anda Cuba Di Ipoh
- Selepas 2 Tahun Ditutup Dan Terbengkalai, Ini Keadaan Terkini MAPS Ipoh Yang Menyedihkan
@tasikcerminipoh Replying to @Milah & Bunga Terjawab tak soalan kome? #tasikcermin #hiddenworld #ipoh #boatride #perak #tempatmenarik #travel #tourism #lake #sharing #trending #fyp #foryoupage
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Mesti ada daripada anda yang tertanya-tanya apa perbezaan Tasik Cermin 1 dan Tasik Cermin 2. Untuk Tasik Cermin 1, anda perlu jalan kaki melalui terowong sebelum melihat keindahan tasik di jeti manakala di Tasik Cermin 2, anda akan terus menaiki bot.
Harga menaiki bot di Tasik Cermin 2 adalah sebanyak RM25 dan anda dinasihatkan untuk datang awal supaya dapat slot. Di sekitar kawasan itu juga terdapat kafe dimana anda boleh menikmati kopi sambil menikmati keindahan tasik.
Menjengah ke ruangan komen video Tasik Cermin, rata-rata netizen yang pernah berkunjung ke sana berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Malah, ada juga netizen yang memuji pembaharuan yang di bawa berbanding daripada masa awal-awal kawasan tersebut dijumpai dan masih percuma yang kelihatan tidak terurus.