‘Lompat kerja’ adalah satu perkara biasa buat individu yang mahu mengejar gaji yang kompetitif serta pertumbuhan karier yang bagus.

Bagaimanapun, seorang warga asing telah meluahkan kekecewaan apabila dia terpaksa melompat kerja berulang-kali dek kerana persekitaran atau lebih spesifik lagi rakan sekerja dari kalangan warga tempatan yang terlalu toksik.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Dengan identiti dirahsiakan, dia mendedahkan telah bertukar kerja sebanyak 8 kali dalam tempoh dua tahun kerana tidak dapat membina hubungan yang sihat bersama rakan sekerja.

Lebih teruk lagi, dia mendakwa kesemua rakan sekerja dari pelbagai pekerjaan yang berbeza telah memberi layanan buruk dan bersikap sombong terhadapnya.

“Saya berumur 28 tahun dan telah bekerja selama 2 tahun. Saya telah menukar 8 pekerjaan dalam tempoh 2 tahun yang lalu. Rekod paling lama ialah setengah tahun dan yang lain tidak sampai setengah tahun.”

Dalam masa sama, dia tidak percaya kebolehannya yang menjadi sebab tidak boleh kekal lama dengan seseorang majikan tetapi orang sekeliling yang menyebabkan dirinya berhenti kerja dari semasa ke semasa.

“ Saya tidak tahu mengapa kerjaya saya tidak berjalan dengan baik. Bukannya saya mempunyai kebolehan yang lemah. Cuma, tidak kira tempat kerja yang saya pergi, saya selalu bertemu dengan orang jahat.

“Saya berhenti kerana hubungan interpersonal yang buruk. Kebanyakan rakan sekerja yang saya pernah bekerja adalah sangat sombong. Jika mereka jenis rakan sekerja yang mengabaikan anda, tidak mengapa,” luahnya.

Apa yang membuatkan dia rasa sukar mendapat tempat kerja yang bagus adalah apabila rakan sekerja yang sering memburukkan keperibadiannya di belakang atau sebar fitnah.

Sementara pihak atasan pula hanya memikirkan periuk nasi mereka sahaja dan membiarkan orang bawahan terkapai-kapai seorang diri walaupun dilayan teruk.

Individu terbabit mengakhiri perkongsian mereka dengan soalan utama, “Mengapa saya tidak dapat bertemu dengan orang yang baik? Atau adakah tempat kerja (di Malaysia) selalunya begini?”

Sumber