Tentera Zionis sememangnya menjadi musuh buat sejumlah besar rakyat Malaysia. Tindakan mereka yang kejam dalam melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin antara yang membuatkan mereka tidak disukai ramai.
Tindakan mereka membuat serangan terhadap Gaza secara besar-besaran pada pertengahan tahun lalu seolah menambah kebencian orang ramai terhadap tentera Zionis.
Terbaharu, menerusi perkongsian Twitter @fakhrifadzli, beliau mengongsikan sebuah klip yang diperoleh menerusi aplikasi TikTok memaparkan tindakan tentera Zionis yang seolah bangga dan seronok mencuri air gas daripada mesin air. Lebih membuatkan netizen jelik, tentera Zionis ini dengan selamba melakukannya sambil memakai kippah dan beruniform tentera.
Tentera Zionis mencuri air gas dari mesin. Tak pelik. Jika tanah orang lain pun mereka boleh curi apalah sangat air gas tu. Kan? #SavePalestine #IsraeliTerrorism #IsraeliCrimes pic.twitter.com/OvOBr9vcqO
— Fakhri (@fakhrifadzli) August 24, 2021
Telatah tentera Zionis ini secara tidak langsung membuatkan netizen berang dan mengundang kepada pelbagai kritikan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.
Born to be criminal. They are so proud with all the crimes. Thats israelis #SavePalestine #savealaqsa #Israeli #Gaza https://t.co/p6pui83QRm
— Ainz🇵🇸 (@PuanAinz) August 24, 2021
Miskin betul israel ni sampai air nak minum pun takde https://t.co/AGC3eEigmt
— 厄玛琳 (@annaemalin_) August 24, 2021
Dgn gembiranya dia.. Ish3… 😤 https://t.co/RtpHz6PD4Q
— ❤️ (°_×) (@Rikka_luxy) August 24, 2021
Sebelum ini, selepas Malaysia muncul sebagai negara yang kuat mengecam Israel serta turut membuat godaman pengkalan data Israel menerusi kumpulan hacker, negara Malaysia sering kali menjadi perhatian Israel. Membandingkan jumlah pingat yang diraih sewaktu Olimpik antara yang dilakukan sambil memperlekeh kemampuan Malaysia.
Lihat juga telatah warga Israel ini yang memerli kedudukan Malaysia dalam sukan Olimpik 2020 selepas Israel berjaya meraih jumlah pingat melebihi Malaysia.
‘Where Is Malaysia?’- Warga Israel Ini ‘Perli’ Kedudukan Malaysia Dalam Sukan Olimpik 2020
‘To My Friends In Malaysia’ – Aktivis Israel Ini ‘Koyak’ Dikecam Netizen Malaysia
Lancar #OpsBedil, ‘Hacker’ Dari Malaysia Muncul Wira Selepas Berjaya Godam Pengkalan Data Israel