Berita baik hujung tahun ini apabila jenama audio premium dari Sweden, Sudio, kembali ke pasaran Malaysia; serentak dengan debut rasmi jenama gaya hidup urban, Subtle.
Bagi meraikan pelancaran berganda ini, kedua-dua jenama ini menganjurkan pop-up eksklusif “The Joy of Giving, Elevated” di GF Event Space (hadapan Switch), Sunway Pyramid, bermula 22 Disember 2025 hingga 04 Januari 2026.
Pop-up ini menampilkan rangkaian produk terbaharu daripada Sudio dan Subtle, menawarkan pilihan hadiah yang praktikal, bergaya dan sesuai untuk kegunaan harian anda.

Antara tarikan utama pop-up ini ialah pelancaran Sudio N3 Pro, fon telinga “Day-to-Night” dengan Active Noise Cancellation (ANC) dan jangka hayat bateri sehingga 30 jam. Diperbuat daripada 20% plastik kitar semula, ia menggabungkan prestasi audio premium dengan rekaan Scandinavian yang minimalis.
Turut diperkenalkan secara rasmi di Malaysia ialah Koleksi ‘MainStreet’ oleh Subtle. Berinspirasikan konsep urban outdoor, koleksi ini menampilkan beg nilon kalis air yang pastinya sesuai untuk musim hujan di Malaysia.
Ganjaran Eksklusif Sepanjang Pop-up

Sepanjang tempoh acara, pengunjung boleh menikmati diskaun 10% untuk pembelian satu item & diskaun 20% untuk pembelian dua item atau lebih bagi produk Sudio.
Setiap pembelian produk Subtle pula bakal disertakan dengan pembalut reben percuma, manakala perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit melayakkan pelanggan menerima satu penyertaan cabutan bertuah dengan peluang memenangi hadiah premium.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi GF Event Space (hadapan Switch), Sunway Pyramid, atau ikuti saluran media sosial rasmi Sudio dan Subtle.