Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan oleh doktor.

Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua kumpulan In-Team, Mohd Syahril Abdul Kadir kepada BH Online sebentar tadi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini, Suhaimi Saad ditidurkan dan sedang dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di Johor Bharu. Yang tidak dinyatakan untuk menghormati keluarga beliau yang mahukan privasi pada masa ini.

Suhaimi Saad yang juga merupakan suami kepada Ina Naim dan memiliki 4 cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka.

Suhaimi dikatakan telah mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu.

Syahril memberitahu BH Online bahawa, Suhaimi sudah dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu dan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan sahabatnya itu.

Mohd Suhaimi bin Saad bekas penyanyi nasyid yang lahir pada 12 Oktober 1980. Dia sangat signfikan dengan kumpulan nasyid In-Team yang aktif pada awal 2000-an.

Suhami mengundurkan diri daripda In-Team pada 2005. Dan kemudian bergerak di bawah labenynya sendiri iaitu Karya Mosus.

Pada tahun 2021, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz berkuat kuasa serta merta.

Dia seorang yang aktif berkongsi pandangannya di media sosial dan berinteraksi dengan pengikut dan peminatnya.

Peminat beliau ternyata terkejut mendengar berita ini dan menyatakan patutlah mereka sudah lama tidak nampak Suhaimi membuat siaran langsung di media sosial.

Kami mendoakan kesembuhan kepada Suhaimi Saad dan agar keluarganya kekal kuat menghadapi dugaan yang sedang melanda.