Berita duka daripada keluarga Ina Naim, Suhaimi Saad disahkan telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Sebelum ini Suhaimi Saad dimasukkan ke ICU di sebuah hospital dan terpaksa ditidurkan oleh doktor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua kumpulan In-Team, Mohd Syahril Abdul Kadir kepada BH Online beberapa hari lalu.

Suhaimi Saad yang juga merupakan suami kepada Ina Naim dan memiliki 4 cahaya mata hasil daripada perkahwinan mereka.

Suhaimi dikatakan telah mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu. Dan keadaan kesihatannya menjadi semakin merosot. Membuatkan Suhaimi minta dihantar ke hospital menurut, Ina Naim.

Syahril turut memberitahu BH Online bahawa, Suhaimi sudah dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu dan meminta orang ramai mendoakan kesembuhan sahabatnya itu.

Namun pada hari ini, Suhaimi Saad disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu.

Berita sedih itu membuatkan ramai menzahirkan rasa sedih di atas pemergian Suhaimi Saad.

Arwah Mohd Suhaimi bin Saad merupakan bekas penyanyi nasyid yang lahir pada 12 Oktober 1980. Dia sangat signfikan dengan kumpulan nasyid In-Team yang aktif pada awal 2000-an. Arwah kemudian memutuskan untuk meninggalkan dunia nyanyian nasyid dan fokus kepada projek peribadi.

Rakan rakan artis dan peminat dunia hiburan tak henti henti menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah.