Airbnb, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) telah lancarkan ‘Pesta Musim Panas’ yang menawarkan lebih 100 pengalaman dalam talian bersama atlet Olimpik dan Paralimpik yang dianjurkan secara maya oleh atlet terbaik dunia.

Terdapat beberapa atlet Olimpik dan Paralimpik akan mengacarakan pengalaman dalam talian merusi Airbnb seperti Tony Hawk, Naomi Osaka, Yusra Mardini, Rui
Hachimura, Allyson Felix dan banyak lagi. Malah, pelumba basikal trek Olimpik yang mewakili Malaysia sebanyak tiga kali iaitu Josiah Ng turut akan sertai program ini.

27092737-josiah-ng_cover_900x900

Lex Gillette, See the World with a Blind Gold Medalist (3)

Kami telah mencuba mengikuti salah satu pengalaman yang ditawarkan bersama Stephen Miller dan jujur kami katakan, bukan hanya dapat ketahui bagaimana perjalanan beliau dalam kerjayanya tetapi sedikit sebanyak membuat fikiran kami menjadi positif dan tidak berputus asa.

photo_2020-07-28_09-44-06

photo_2020-07-28_09-44-00

Mudah sahaja sebenarnya jika anda ingin sertai pengalaman unik bersemuka dengan atlet-atlet terbaik ini, anda hanya perlu ke Airbnb dan membuat tempahan pada event yang available dan tunggu link yang akan diberikan ke emel anda. Senang, bukan? Harga setiap sesi pula berbeza dan bermula dari RM60.

Untuk pengetahuan anda, pesta musim panas itu hanya berlangsung selama 5 hari sahaja bermula dari 24 Julai sehingga 29 Julai 2020. Betul, hari terakhir adalah pada hari esok. Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk menyertainya dan boleh ketahui maklumat lebih lanjut di sini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada pautan di bawah ini.

Jepun Hasilkan Pingat Olimpik 2020 Daripada Gadget Yang Dikitar Semula

Jepun Perkenalkan Rekaan ‘Anime’ Bendera Negara Sempena Sukan Olimpik 2020

Coronavirus Buat Jepun ‘Cuak’, Cadang Batal Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020