Jawatankuasa Olimpik Zimbabwe (ZOC) menafikan tuduhan yang mengatakan mereka menghantar lebih ramai pegawai berbanding atlet bagi temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris yang sedang berlangsung ketika ini.
Sebelum ini, timbul dakwaan di media sosial yang mengatakan negara itu menghantar seramai 67 pegawai tetapi atlet yang bertanding dalam temasya edisi kali ini hanya seramai 7 orang.
Baca Juga:
- Sukan Olimpik 2024: Tang Jie-Ee Wei Jumpa Pasangan Korea Selatan Di Suku Akhir
- Atlet Olimpik Teruja Dapat Telefon Lipat Secara Percuma
- Sukan Olimpik 2024: Aaron-Wooi Yik Gagal Roboh Tembok Besar China
Thabani Gonye, pengerusi Jawatankuasa Penganjur kontinjen negara itu menjawab tuduhan itu dengan mengtakan bahawa walaupun terdapat sebilangan delegasi Zimbabwe di Paris, ramai daripada mereka berada di sana secara tidak rasmi.
“Mereka bukan sebahagian daripada delegasi kami, akan tetapi rakyat Zimbabwe semua dialu-alukan dan bebas untuk memberikan sokongan terhadap atlet kami,” katanya
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ZOC, Marlene Gadzirayi kemudiannya mengeluarkan kenyataan dimana hanya 10 orang pegawai, yang mana merupakan jurulatih yang dihantar bagi menemani 7 atlet yang bertanding.
Negara dari bahagian selatan Afrika itu diwakili oleh Isaac Mpofu (marathon), Rutendo Nyahora (marathon), Makanakaishe Charamba (lari pecut 200m), Tapiwa Makarawu (lari pecut 200m), Stephen Cox (mendayung), Dennis Cyprianos (renang) and Paige van der Weisthuizen (renang).
Menurut beberapa laporan, Naib Presiden Z0C, Constantine Chiwenga dan Menteri Sukan, Kirsty Coventry, telah pergi ke temasya itu dengan menaiki jet peribadi. Ini mencetuskan lagi kontroversi apabila Zimbabwe kini menghadapi krisis kekurangan makanan yang teruk akibat kemarau yang berpanjangan.