Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun 2023.
Cek zakat diserahkan oleh Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ismail Abu dan disaksikan oleh Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
Baginda Tuanku juga berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Bahru (GAPET).
Sumbangan cek daripada Baginda Tuanku Sultan diterima oleh Presiden GAPET, Wahib Mohd Yasin pada hari ini (12 April) di Johor Bahru.
Pada tahun 2019 lalu, Sultan Johor berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta dan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing.