Sebelum ini, sebuah premis diusahakan suami isteri Muslim di Sri Petaling didakwa menggunakan bahan masakan tidak halal dengan menggunakan ‘rice wine’ dan Jakim mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis itu.

Menerusi laporan, Ahmad Muzakin Mohd Amir iaitu pemilik premis tersebut tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan mengenai premisnya di Sri Petaling yang dikatakan menggunakan wain beras dalam masakan dan menegaskan kedua-dua botol digunakannya itu adalah minyak bijan yang biasa digunakan dalam masakan Cina.

Baca Juga:

@balaapapapa

♬ original sound – balaapapapa – Rasa sayang heh

Tambahnya, dia mengakui kilang yang memproses bahan itu tidak mempunyai sijil halal daripada pihak berkuasa agama tetapi ia diyakini halal.

“Saya mengaku premis saya memang tiada sijil halal daripada Jakim tetapi banyak kedai Muslim lain juga tiada sijil sama. Saya anggap ia bukan satu masalah besar kerana saya adalah Muslim dan saya tahu tanggungjawab, malah tidak akan menyorokkan bahan digunakan.

“Dua botol itu adalah minyak bijan dan apabila guna dua botol secara terus, saya akan dapat titisan minyak berganda tanpa banyak kali menuangnya cuma saya akui kilang (pengeluar minyak bijan) itu tiada sijil halal tetapi bahannya diyakini tiada yang terlarang.

“Kalau kata saya memasukkan bahan terlarang dalam botol minyak bijan itu tidak masuk akal kerana kami tidak pernah membuka penutup itu hanya tebuk lubang dan plastik penutup juga masih rapi, jadi macam mana saya masukkan bahan itu. Bekalan ayam yang kami gunakan juga daripada sumber yang halal.” ujar Muzakin.

Susulan itu, dia akan mengikuti kursus membuat permohonan sijil halal kepada Jakim pada Khamis ini dan dia memaafkan individu yang menjadi punca dirinya dikecam kerana setiap manusia mempunyai khilaf dan menganggap ia adalah ujian mereka dalam mencari rezeki.