Susulan tular Restoran nasi ayam claypot yang diragui status halalnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjawab tentang status halal restoran tersebut dalam satu perkongsian di Facebook.

“Ketika ini ditularkan melalui media sosial berkenaan dengan status halal sebuah premis makanan di Sri Petaling yang menggunakan ‘Rice Wine’ dalam masakan. Isu ini telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna Muslim yang mengunjungi premis tersebut.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan pihak JAKIM tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut,” terang JAKIM.

Sehubungan itu, JAKIM menasihati pengguna Muslim agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi. Untuk menyemak produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, boleh layari Portal Rasmi Halal Malaysia di sini.

Sebelum ini difahamkan restoran itu telah ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan. Berdasarkan komen seorang pelanggan restoran tersebut, Edmond Lam berkata restoran berkenaan telah pun dibuka seperti biasa dan menerusi pemerhatiannya, restoran berkenaan tetap meriah dan turut dikunjungi pelanggan Muslim.

Sumber