Siapa sangka stesen MRT Kajang rupa-rupanya menyimpan salah satu port matahari tenggelam (sunset) terbaik yang paling underrated di Lembah Klang.

Setiap kali waktu maghrib menghampiri, pemandangan dari tingkat platform atas bertukar menjadi sangat estetik apabila langit memaparkan warna golden hour yang pekat.

Menerusi perkongsian video oleh Threads @definitelynotintan, kelihatan para penumpang yang berhenti di stesen MRT Kajang tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan sunset di situ.

National Geographic Pun Tengok Video ‘Sunset’ MRT Kajang 

 

View on Threads

 

Perkongsian video pendek itu bukan sahaja meraih perhatian netizen tempatan, bahkan ia juga mendapat perhatian daripada media global alam semula jadi, National Geographic.

“Galeri gambar kami pasti akan penuh,” katanya.

Dalam pada itu ada warganet mengucapkan terima kasih kerana membuka mata orang ramai bahawasanya dalam Malaysia ada banyak perkara yang menarik tanpa perlu ke luar negara.

“Terima kasih atas perkongsian ini. Ia membuka mata dan hati lebih ramai orang untuk menghargai perkara mudah serta percuma di sekeliling kita di Malaysia,” jelasnya.