Lama sebelum adanya Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Puduraya merupakan stesen bas utama di Kuala Lumpur. Buat mereka yang membesar sekitar 80-an dan 90-an, stesen bas Puduraya pastinya menyimpan 1001 kenangan.
Menjelang tahun 2011, stesen bas yang uzur ini telah digantikan oleh Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang nyata hadir dengan keadaan yang lebih kondusif dan canggih dalam memudahkan orang ramai menaiki bas.

Baca Juga:
- Penumpang Kongsi Kisah Sedih Pemandu Bas Dipaksa Kerja 6 Hari Tanpa Henti Oleh Majikan
- Tertinggal Kerana Pergi Tandas, Netizen Puji Sekumpulan Pemuda Bantu Lelaki Bangladesh Kejar Bas
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fdausahmad turut berkongsi keadaan terkini Puduraya yang kini dikenali sebagai Pudu Sentral di mana kawasan ini pernah menjadi lokasi tumpuan orang ramai suatu masa dahulu.
@fdausamad
Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata turut tampil berkongsi kenangan mereka yang pernah singgah ke Puduraya suatu masa dahulu.
Terdapat netizen yang memaklumkan Puduraya menjadi saksi pertemuan cinta manakala terdapat netizen lain yang memaklumkan Puduraya merupakan stesen bas yang dituju setiap kali mahu pulang ke kampung.



Sementara itu, ramai juga netizen yang turut memaklumkan Puduraya turut mempunyai kumpulan ‘kaki pau’ yang sering meminta wang daripada orang ramai.
Difahamkan Pudu Sentral masih lagi beroperasi sebagai stesen bas sehingga kini. Selain itu, Urban Transformation Centre (UTC) turut berada di Pudu Sentral dalam memudahkan orang ramai menguruskan urusan harian.