Petronas FP1 merupakan superbike yang dihasilkan pada tahun 2003 oleh Petronas.
Petronas bergabung dengan juara empat kali ‘Superbike World Championship’, Carl Fogarty untuk membentuk sebuah pasukan lumba yang dikenali dengan nama ‘Foggy Petronas Racing’. Troy Corser dan James Haydon diberi tanggung jawab untuk menunggang jentera ini.
Superbike ini berjaya menduduki tangga ketiga keseluruhan bagi kategori ‘Manufacturer’ sewaktu menyertai ‘Superbike World Championship’ musim 2004.
Projek superbike ini walau bagaimanapun ditamatkan pada penghujung tahun 2006 setelah mengalami kesukaran untuk mendapatkan mata dan bersaing dengan pasukan lain.
Petronas FP1 kemudiannya dijual kepada Momoto Sdn Bhd pada tahun 2011.
Ia dijenamakan semula dengan nama Momoto MM1.
Dan terkini, seorang pengulas motorsikal daripada Motorcyclenews.com (MCN) berjaya mendapatkan kebenaran untuk membuat ujian tunggangan bagi Petronas FP1.
Ujian tunggangan ini adalah yang pertama kali diadakan setelah lebih 10 tahun projek superbike ini dilancarkan.
Lokasi superbike tersebut ialah Switzerland. Pemiliknya bernama Livio Kagi.
Pelbagai kata pujian dihamburkan pengulas MCN tentang superbike ini ketika sesi tunggang uji.
Antaranya:
- “Power delivery is really nice, incredibly smooth…“
- “The moment you turn the key, it felt like something special…“
- “The bike may be 10 years old but it stood the test of time incredibly well…“
- “We met someone in the town who asked whether this is a new bike…“
Jom tonton bagaimana terujanya beliau menunggang Petronas FP1 buat kali pertama di video berikut.
Kami turut rasa bangga meskipun projek superbike ini tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Bagaimana dengan anda?
Like page The Vocket di Facebook