Anak kepada Clark Kent dan Lois Lane yang bakal dipaparkan pada isu komik yang akan datang adalah seorang biseksual, menurut DC Comics. Jonathan Kent akan digambarkan sebagai superhero yang menjalinkan hubungan sesama jenis dengan rakannya di dalam komik terbaharu superhero Superman.

Hubungan cinta terbaharunya akan dibina bersama Jay Nakamura, seorang wartawan yang menjaganya semasa dia dirundung dengan tekanan mental dan fizikal setelah berusaha keras untuk menyelamatkan semua orang dalam edisi Superman: Son of Kal-El #5. Tom Taylor, penulis siri Superman dalam wawancaranya bersama New York Times memberitahu bahawa alasan untuk menggantikan Clark Kent dengan seorang lelaki lurus adalah sesuatu yang terlalu biasa.

Selain daripada pembaharuan seksualiti superhero Superman, jalan cerita watak ini juga akan berkisar kepada isu-isu yang baharu dan lebih moden. Antara isu yang cuba dibawa oleh penulis kali ini adalah mengenai krisis pelarian, krisis tembakan rambang yang sering terjadi di sekolah dan ia juga akan membawa ketengah isu perubahan iklim yang sedang dihadapi di seluruh dunia.

“Saya selalu mengatakan bahawa semua orang memerlukan pahlawan dan semua orang layak melihat diri mereka sebagai wira dan saya sangat berterima kasih kepada DC dan Warner Bros berkongsi idea ini,” kata Taylor dalam satu kenyataan. “Simbol Superman selalu mengharapkan harapan, kebenaran dan keadilan. Hari ini, simbol itu mewakili sesuatu yang lebih. Hari ini, lebih banyak orang dapat melihat diri mereka sebagai superhero paling hebat dalam komik.”

Untuk pengetahuan anda, pembaharuan yang dibawa DC Comics ini bukanlah sesuatu yang baharu. Pada Ogos lalu, diumumkan bahawa versi terbaharu Robin akan dipasangkan dengan teman lelaki. Manakala pada bulan Mac lalu, Marvel juga membuat keputusan untuk menyerlahkan lagi watak Captain Amerika dengan watak gay.

Walaupun Superman bukanlah watak komik pertama yang digambarkan sebagai LGBTQ, tetapi antara ramai superhero, dia antara yang paling dikenali. DC Comics membuat pengumuman ini pada National Coming Out Day, hari LGBT nasional. Dalam siri Son of Kal-El, Jon Kent menggambarkan dirinya sebagai superhero yang berbeza dari ayahnya. Anak lelaki Superman itu akan memerangi sejumlah masalah keadilan sosial, termasuk mengatasi kebakaran hutan yang disebabkan oleh perubahan iklim dan memprotes pengusiran pelarian.

Thor Love And Thunder bakal jadi filem pro LGBT pertama MCU? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Thor: Love And Thunder’ Bakal jadi Filem Pro-LGBT Pertama MCU?

Pelakon Siri The Umbrella Academy, Elliot Page Umum Tukar Jantina Kepada Lelaki

Sumber