Salah satu cara fikir terbaik dalam sejarah adalah apabila seorang ahli fizik yang hebat dan berketurunan Yahudi, Albert Einstein mengkritik pembinaan negara Israel oleh pengganas Zionis dan menyebutnya sebagai kemungkinan malapetaka yang bakal menimpa orang Yahudi di masa hadapan.
Kebanyakan kumpulan Yahudi yang percaya kepada pegangan agama Yahudi Ortodoks juga menyuarakan rasa yang sama dengan pembinaan negara haram Israel dan menganggap Zionisme sebagai anti-semitisme.
Pada 9 April 1948, sebulan sebelum Israel mengisytiharkan kemerdekaan setelah pembunuhan orang Arab di Deir Yassin oleh pengganas Stern Gang atau Lohamei Herut Yisrael (LEHI) yang berjuang untuk kebebasan Israel.
On April 10, 1948, in response to the requests made by the Zionists to have Einstein's support, Albert Einstein sent a letter to Shepard Rifkin, the US Zionist leader. This was posted a day after the world came to know of the horrors of the Deir Yassin massacre pic.twitter.com/qGCneOnEcE
— Rana Safvi رعنا राना (@iamrana) June 9, 2018
Shepard Rifkin, ketua Zionis di Amerika Syarikat yang berpusat di New York telah menulis surat kepada Einstein dengan harapan gerakannya akan memperoleh sokongan daripada kumpulan bijak pandai.
Namun, apa yang Shepard Rifkin tidak tahu adalah anggapannya bahawa Einstein akan bersetuju dengan ‘cara’ Israel meraih kemerdekaan ternyata salah.
Di dalam surat yang ditulis oleh Einstein kepada Shepard Rifkin. Ahli fizik tersohor dunia itu dengan jelas menyebut bahawa dia menganggap Zionis adalah pengganas yang bakal memberi kesan buruk kepada orang Yahudi pada masa akan datang.
“Apabila bencana yang nyata dan terakhir akan menimpa kita di Palestin, yang pertama bertanggungjawab terhadapnya adalah British dan yang kedua bertanggungjawab terhadapnya adalah organisasi pengganas yang dibina dari barisan kita sendiri.
“Saya tidak rela melihat orang yang dikaitkan dengan mereka yang sesat dan penjenayah,” katanya kepada Shepard Rifkin dalam surat yang bertarikh 10 April 1948.
Gerakan yang diketuai oleh Shepard Rifkin atau kumpulan pengganas Zionis ini telah mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat dan sebahagian daripada sokongan kewangan juga datang daripada negara terbabit.
Surat balasan daripada Albert Einstein dikirimkan kepada ketua Zionis U.S., Shepard Rifkin yang mahu dapatkan sokongan daripada Enstein.
Dalam surat, Einstein menyebut Zionis sebagai organisasi pengganas.Surat ini dihantar selepas berlakunya pertumpahan darah di Deir Yassin. pic.twitter.com/ctgMEQR7Qv
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) May 15, 2021
Selain daripada mahu mendapatkan sokongan Einstein, surat Shepard Rifkin juga sebenarnya bertujuan untuk membantu organisasinya mengumpulkan wang untuk membeli senjata bagi mengusir orang Arab dan membantu mewujudkan sebuah negara Yahudi.
Untuk rekod, surat satu halaman Einstein dilelong di Sotheby’s pada 21 Jun 2007. Surat itu dibeli oleh Daniel McGowan, pengarah eksekutif Deir Yassin Remembered, dengan harga $ 8,500 ditambah komisen $ 1,700 dan penghantaran $ 175.
Kanak-kanak 12 tahun ini lebih tinggi IQ berbanding Albert Einstein. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Kanak-Kanak 12 Tahun Ini Lebih Tinggi IQ Berbanding Albert Einstein
Pernah Tersenarai Di Forbes, Gadis Usia 22 Tahun Ini Mungkin Einstein Alaf Baru
IQ Anak Lelaki 11 Tahun Ini Atasi Einstein, Hawking dan Bill Gates