Kecoh pada minggu lalu apabila DJ Tyzo yang baru sahaja menang Anugerah Penyampai Radio Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 tidak disambung kontrak bersama Suria FM.
Hal ini nyata mengejutkan para pendengar memandangkan beliau disukai ramai serta dilihat sudah sebati dengan radio Suria FM. Keputusan yang dilihat secara drastik ini turut membuatkan orang ramai tertanya-tanya keputusan yang dibuat pihak Suria FM.
Baca Juga:
- Menampilkan Seorang Pelakon Filem, Suria FM Umum Barisan DJ Radio Bagi Tahun 2024
- Linda Onn Dedah Sejarah ‘Hitam’ Bersama Suria FM
- ‘Kau Aniaya Tyzo Dari Awal’ – DJ Anne Petik Individu Busuk Hati
Punca DJ Tyzo ditamatkan kontrak
Selepas seminggu dinantikan, waktunya telah tiba di mana pihak pengerusi Suria FM, Dato’ Amin tampil menjelaskan kepada orang ramai mengenai punca DJ Tyzo tidak disambung kontrak.
“Saya tak kenal Tyzo secara rapat, begitu juga dengan penyampai radio yang lain. Keputusan ini hanyalah disebabkan business decision semata-mata
“Adakah jumlah pendengar segmen Suria Petang meningkat selepas kemenangan Tyzo di ABPBH? Jawapannya adalah stagnant (kekal sama) dan itulah hakikatnya” jelas Dato’ Amin.
“Ini adalah keputusan saya kerana ini adalah tanggungjawab saya.” ulas pengurusan tertinggi Suria FM. tambahnya lagi.
Sementara itu, segmen yang dikendalikan oleh DJ Lin dan Cik Piah berjaya menunjukkan peningkatan pendengar.
Kronologi pengunduran DJ Tyzo di Suria FM
@majoritiofficial Terima kasih Tyzo di atas segalanya, selamat tinggal & semoga semuanya dipermudahkan ðŸ˜ðŸ¥¹ majoriti beritaditiktok trendingnewsmalaysia suriafm tyzo radiomalaysia dj
Menurut Dato’ Amin, pihak mereka telah memberitahu lebih awal kepada Tyzo iaitu pada 4 Januari serta meminta beliau off air secepat mungkin.
“Pada 4 Januari lalu, saya maklumkan dengan Tyzo, ini adalah keputusan saya dan kontrak 6 bulan tidak dipanjangkan serta minta beliau go off air secepat mungkin.
Saya turut mengulangi perkara sama dalam sebuah bilik bersama general manager, DJ Lin serta barisan HR yang dihadiri DJ Tyzo mengenai keputusan yang dibuat oleh saya,” ulas Dato’ Amin.
Mengulas mengenai Tyzo berhenti menjadi penyampai radio sebelum 9 Mac adalah disebabkan Suria FM tidak mahu Tyzo berada dalam langkah strategi terbaru radio ini.
Rakaman yang tular bukan keputusan Suria FM
Selain itu, pihak Suria FM turut meminta Tyzo membuat rakaman mesej terakhir sempena keluarnya daripada Suria FM namun dikatakan Tyzo tidak melakukannya sebaliknya menggunakan hari terakhir beliau untuk mengumumkannya secara live.
Bukan itu sahaja, Tyzo dikatakan menyuruh salah seorang kru di konti tersebut untuk membuat merakam beliau mengundur diri daripada konti Suria FM serta mengatakan DJ Lin seolah beliau dikhianati.
Pengurusan tertinggi Suria FM turut menekankan memaklumkan keputusan yang dibuat bukanlah keputusan daripada DJ Lin seperti yang didakwa.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan tertinggi Suria FM turut memaklumkan meskipun beliau ditamatkan lebih awal, gaji beliau tetap dibayar sehingga 9 Mac 2024.
“Saya harap berikutan dengan ini perkara mengenai ini, akan tamat dan tidak akan dibangkitkan lagi dan jika ada mana-mana pihak yang membuat kenyataan yang terus membuat kenyataan dan komen dan sebagainya yang merupakan fitnah, kami berhak dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang dan sebagainya.” pesanan terakhir Dato’ Amin sebelum mengakhiri ucapan.