Pada akhir bulan lalu tular sebuah video dimana memaparkan seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di stesen LRT Maluri.

Dalam satu video terbaharu dikongsikan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke menyatakan suspek telah ditahan baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Suspek telah ditahan polis dan kesihatan mentalnya sedang dinilai oleh pihak hospital.

“Saya telah mengarahkan Prasarana untuk memperkasakan langkah-langkah keselamatan di stesen-stesen keretapi susulan insiden di LRT Maluri,” kata Anthony Loke.

Tambah beliau lagi, pihak polis masih menjalankan siasatan kes tersebut. Manakala pihaknya akan meneruskan perbincangan bersama Prasarana untuk memperketatkan ciri-ciri keselamatan di semua stesen LRT dan MRT.