Suspek kes Nurshamira dilaporkan telah menggadaikan gelang emas milik wanita itu di Terengganu.

Sebelum ini Nurshamira telah dibunuh ketika membuat penghantaran makanan. Mayat mangsa ditemui tepi Sungai Kuantan.

Polis terus mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh berdasarkan kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang merupakan seorang peniaga makanan.

Kes tersebut menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menganggap perbuatan itu sebagai sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

@sinarharianonline

Jenazah Norshamira dituntut keluarga Jenazah peniaga makanan, Norshamira  Zainal, 37 yang ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan pada Khamis telah dituntut keluarga untuk dikebumikan. Jenazah dituntut kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Keratong 9, Rompin untuk dikebumikan. Suasana pilu menyelubungi perkarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sejurus jenazah dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam van jenazah. SinarHarian 60saat Norshamira kesbunuh pahang

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Sultan Pahang tidak dapat menahan sebaknya ketika mencemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan pada Jumaat.

Sultan Pahang juga turut menitahkan agar pelaku kes Nurshamira itu segera ditahan.

Sultan Pahang
Foto: SInar Harian

Polis mendedahkan bahawa motif pembunuhan adalah samun, berdasarkan siasatan awal yang dibuat.

Suspek kes Nurshamira itu sudah ditahan. Di mana polis turut merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian serta beberapa lagi dokumen lain untuk membantu siasatan.

Polis akan memulakan proses merakam keterangan saksi utama kejadian serta suspek sendiri bermula pada hari ini.

Suspek kes Nurshamira ditahan di Gong Badak

Suspek yang berusia 53 tahun itu diperintah untuk ditahan reman selama 7 hari selepas ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 5.30 petang semalam.

pemalas

Suspek telah menyamun mangsa, membunuhnya dan kemudian melarikan diri. Mangsa ketika itu sedang membuat COD ataupun penghantaran untuk pembelian langsung.

Buat ketika ini polis masih belum mengesahkan angka sebenar nilai barangan kemas yang disamun oleh suspek.

Nurshamira seorang yang sangat rajin dan gigih

Netizen sempat berkongsi pengalaman berurusan dengan Nurshamira. Mereka menganggap arwah  sebagai seorang yang sangat rajin dan baik hati.

Nurshamira

Netizen turut terkesan melihat kegigihan Nurshamira mencari rezeki.

@kakirayapnews

Suami sedar Norshamira tidak pulang jam 5 pagi lepas keluar COD sambal bilis – Suami KUANTAN- “Kali terakhir kami berhubung kira-kira jam 7 petang pada Rabu dan dia ada beritahu akan pulang lewat selepas keluar rumah untuk hantar makanan. “Saya hanya sedari dia tidak pulang kira-kira jam 5 pagi hari berikutnya sebelum keluar mencarinya,” kata Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, suami Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis. Kredit.Sinar.Harian

♬ original sound – Kaki Rayap – Kaki Rayap

“Wanita yang hebat, kenapa ada yang tergamak memperlakukan arwah sedemikian,” tulis seorang netizen yang sebak dengan berita tersebut.

Yang lain berharap pelaku akan dikenakan hukuman yang paling berat. Kerana tiada tempat untuk penjenayah kejam seperti itu di dalam masyarakat, menurut mereka lagi.