Dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan juga kesihatan rakyat, Kerajaan Negeri Selangor tampil mengeluarkan arahan kepada para peniaga dan pengusahan makanan dan minuman untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka bermula 1 Januari 2023.

Menerusi perkongsian Facebook Majlis Perbandaran Selayang, difahamkan kewajipan pemakaian pelitup muka ini dibuat dalam usaha untuk menjaga kebersihan makanan yang ditawarkan buat orang ramai.

Baca Juga:

Tindakan kompaun akan dikenakan kepada mereka yang ingkar arahan tersebut yang menjadi antara syarat bagi kelulusan lesen perniagaan.

Setakat ini, penguatkuasaan kepada peniaga, pengusaha restoran serta penjaja makanan serta minuman ini hanya dibuat di negeri Selangor sahaja.

Sumber