Individu yang juga suspek kes ugut Harith Iskander dan keluarganya sudah ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek tersebut berusia 31 tahun.
Polis bertindak pantas menahan suspek dan dia sudah ditahan reman untuk membantu siasatan berkaitan dengan kes ugutan tersebut yang dibuatnya ke atas pelawak itu.
Penahanan dibuat susulan daripada laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi oleh pengurus peribadi Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim – yang juga bekas isterinya.
Manurut polis, suspek telah mengugut Harith Iskander dengan nada sangat kasar, dan ugut nak bunuh keluarga pelawak itu.
Suspek ugut Harith Iskander dan keluarganya
Ianya kerana suspek dikatakan marah dengan lawak ‘ham’ yang dibuat oleh Harith Iskander di media sosial, menurut laporan Sinar Harian.
Harith turut menerima gambar dikirimkan suspek yang mengandungi gambar anaknya. Mesej yang dihantar berbaur ugutan.
Suepek direman dan disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK).
Selain itu, polis merampas telefon bimbit suspek untuk membantu siasatan.
Sebelum ini Harith Iskander mengesahkan bahawa persembahannya di Dewan Filharmonik Petronas dibatalkan kerana dia menerima ugutan nyawa melibatkan keluarganya.
Harith Iskander sebelum ini terlibat dengan kontroversi lawak ham yang dianggap mempersendakan agama Islam.
Hantaran tersebut turut dianggap membuka pintu kepada pengikutnya turut menghina agama Islam.
Misalnya, ada komen yang turut mempersenda nama Nabi Muhammad di dalam hantaran tersebut.
Ramai pihak mengkritik Harith Iskander di atas lawak yang dianggap tak kena tempatnya.
Ini termasuk seorang lagi rakan pelawak Harith iaitu Shahrol Shiro yang membuat laporan polis ke atas Harith Iskander.
Kerana menurut Shahrol, dia tidak boleh berdiam diri dan melihat sahaja lawak seperti itu yang ternyata mempersendakan agamanya.