The real sifu.

Ini jiran ofis ngeteh aku. Umur baru 32. Buat pemasangan dan servis air-cond. Register company masa masih belajar tahun 2003. 2005 baru betul-betul mula meniaga. Sekarang dah ada lebih 10 lori dan trak untuk kerja-kerja dia. Asalnya, nak lepak setengah jam melarat berjam-jam hahaha.

Hari ini baru aku dapat clear picture macam mana nak (bisnes) berkembang dan nak susun akaun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini style dia, tak semestinya sama dengan orang lain. Sekarang dia ada 3 company.

Company 1 duit masuk hari-hari. Installation dan servis air-cond rumah-rumah dan ofis. Margin kecil tapi hari-hari duit masuk.

Company 2 duit masuk sekali sekala tapi kuantiti besar. Yang ini main contract service untuk syarikat lain, ada yang kontrak bulanan, ada yang kontrak tahunan.

Company 3 duit masuk setahun beberapa kali sahaja, tetapi amaun lagi besar. Yang ini kerja pasang air-cond kontrak besar-besar macam pemasangan di hospital, kolej, bangunan baru. Kena ada special team yang memang duduk di site.

Ketiga-tiga company ini adalah kepakaran yang sama. Pasang dan servis air-cond.

Akaun pun asing untuk ketiga-tiga company.

Company 1 untuk cashflow. Kalau company 2 nak mula projek, company 1 akan fund ke company 2 untuk modal awal.

Bila company 2 dah dapat claim , pulangkan balik duit ke company 1.

Company 3 pula kalau dapat projek, company 1 dan company 2 akan fund ke company 3 untuk modal awal. Dah dapat claim pulang balik ke company 1 dan 2. Ini cara dialah, lain orang lain cara.

Lepas tu dia sendiri pun akan disiplin sehari simpan RM100 ke ASB. Cukup sebulan, tolak pula ke Public Mutual. Istiqamah. Jika ketiga-tiga company tercekik cashflow, duit ini akan dipinjamkan ke kesemua company dia.

Staf jarang cabut, sebab bagi gaji tinggi, dan setiap peringkat staf akan dapat komisyen. Malah, yang duduk di kaunter pun akan dapat komisyen kalau dapat close sale. Tim installation, servis semua akan dapat komisyen. Staf admin, akaun ada bonus masing-masing.

Aku tengah adjust untuk dia bagi talk di #BorakBisnes di bawah jajahan #RekoValley tapi dia segan sebab katanya company kecil jerr. Again, ini cara dia, mungkin tak sesuai dengan semua orang.

‘Lelaki ini’ adalah Encik Amir, pemilik Docto Aircond, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Penulis meminta identiti dirinya dirahsiakan.