Hari ini dengan rasminya Honda Malaysia melancarkan sebuah model SUV kompak segmen-A yang dinanti ramai, dikenali sebagai ‘Honda WR-V’.

Kereta itu ditawarkan dengan enjin 1.5-liter dan ditawarkan dalam empat varian serta harga seperti berikut; Varian S (RM89,900), E (RM95,900), V (RM99,900) dan RS (RM107,900). Harga-harga yang dinyatakan tidak termasuk kos-kos lain.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Honda Malaysia
Sumber Gambar: Honda Malaysia

Model SUV kompak ini dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC, menghasilkan 119hp serta tork 145Nm, dipadankan dengan kotak gear CVT automatik dan hanya memacu roda hadapan.

Ruangan kabin dilengkapi skrin sentuh 7-inci untuk sistem infotainmen, boleh bersambung dengan telefon pintar, sistem penghawa dingin yang boleh dikawal secara digital, suis arahan suara, empat pembesar suara dan pengecas kuasa pada tempat duduk belakang.

Walaupun bersaiz seakan-akan Perodua Ativa, Honda WR-V mempunyai ruangan bonet belakang seluas 380 liter dan 1,470 liter jika tempat duduk belakang dilipatkan.

Sumber Gambar: Honda Malaysia
Sumber Gambar: Honda Malaysia

Honda tidak ‘menutup mata’ dalam soal keselamatan, kesemua tiga  varian tertinggi didatangkan dengan Honda Sensing yang dilengkapi dengan ciri-ciri Lane Keeping Assist System (LKAS), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Road Departure Mitigation System (RDM), Lane Departure Warning (LDW), Auto High-Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan Lead Car Departure Notification System (LCDN). Manakala bagi varian RS mempunyai satu lagi ciri keselamatan iaitu LaneWatch.

Dengan ciri-ciri keselamatan yang ada, ASEAN NCAP memberi penarafan keselamatan lima bintang kepada Honda WR-V.

Orang ramai sudah boleh singgah di mana-mana pusat pengedar Honda yang berdekatan untuk membuat tempahan atau pandu uji kereta tersebut.

Difahamkan Honda sudah menerima kira-kira 2,500 pra-tempahan sejak dibuka pada 12 Jun lalu untuk model SUV segmen A tersebut. Memetik laporan, sebanyak 45% tempahan varian RS, V (38%), E (12%) dan baki 5% bagi varian S.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.