Memang tidak dinafikan, harga sebuah iPhone kini sudah menyamai dengan sebuah kereta terpakai di dalam pasaran. Siapa sangka seorang individu berjaya mendapatkan sebuah kereta Proton Wira dengan iPhone 14 Pro Max miliknya.

Menerusi kumpulan iPhone Malaysia Group, seorang ahli bernama Wak Atok berkongsi kisah menarik iaitu iPhone 14 Pro Max dengan storan 256GB miliknya berjaya bertukar kepada sebuah kereta Proton Wira dengan enjin 1,600cc.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

'Swap Paling Berbaloi'- Netizen Puji Tindakan Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max
Sumber Gambar: FB iPhone Malaysia Group

Difahamkan beliau melakukan ‘swap’ ini bersama pemilik kereta itu atas dasar suka sama suka. Untuk harga pasaran semasa, iPhone 14 Pro Max dengan storan 256GB kini ditawarkan pada harga RM6,299 sementara Wira 1.6 pula sekitar RM4,000 dan ke atas.

'Swap Paling Berbaloi'- Netizen Puji Tindakan Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max
Sumber Gambar: FB iPhone Malaysia Group

Beliau juga mendakwa sudah menukar nama di geran dan menjadi pemilik baharu. Dari gambar yang dikongsikan, kereta itu kelihatan dalam keadaan baik

Hantaran itu telah menarik perhatian yang mana rata-ratanya bersetuju bahawa ini merupakan swap paling berbaloi yang mereka pernah dengar setakat ini.

Selain boleh dipandu, Wira 1.6 ini juga didakwa sedang hangat di pasaran dan harganya kian melonjak naik.

'Swap Paling Berbaloi'- Netizen Puji Tindakan Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max
Sumber Gambar: FB iPhone Malaysia Group
'Swap Paling Berbaloi'- Netizen Puji Tindakan Individu Tukar Proton Wira Dengan iPhone 14 Pro Max
Sumber Gambar: FB iPhone Malaysia Group

Sejak hantaran itu dikongsi, ramai pula tertanya-tanya jika iPhone mereka juga layak diswap dengan kereta atau motor seperti yang dilakukan oleh individu berkenaan.