Orang ramai dapat merasakan sesuatu filem itu bagus ataupun tidak, cukup hanya berdasarkan menonton trailer filem tersebut. Sekiranya trailer tersebut dapat menarik perhatian, besar kemungkinan filem itu bakal dapat sambutan ramai.
Baru-baru ini ada seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu hantaran mengenai beberapa ‘kemusykilan’ terhadap beberapa babak yang ditayangkan di dalam trailer filem ‘Budak Kripto’ itu.
Lelaki tersebut mempersoalkan adakah Ford Mustang berjalan dengan gah pada bahagian pembukaan awal trailer itu adalah kereta yang ‘sama’ dengan Proton Wira meletup pada babak-babak terakhir dalam trailer tersebut.
Jika kedua-dua kereta itu ‘sama’, agak pelik serta kurang realistik kerana daripada sebuah kereta muscle car buatan Amerika boleh bertukar menjadi sebuah kereta sedan buatan Malaysia.
Tambahnya lagi, sekiranya itu adalah sebahagian perancangan untuk ‘menjimatkan’ kos produksi, sepatutnya kedua-dua kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran yang sama.
Selain itu, antara ‘babak’ yang menjadi tanda tanya buat lelaki ini apabila kereta Proton Wira yang dipandu oleh Putra (lakonan Zam Azmi) cuba melarikan diri, kereta tersebut dilihat menggunakan sport rim.
Namun, apabila kereta tersebut mula terjatuh ke dalam gaung lalu meletup terbakar, secara automatik keempat-empat sport rim tersebut berubah menjadi ‘rim kompang’.
Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai pandangan serta andaian daripada pengguna Facebook yang lain. Ada yang mencadangkan sepatutnya pengarah menambah satu babak di dalam trailer tersebut di mana Putra mengambil kereta Proton Wira tersebut supaya penonton tidak terkeliru dengan Ford Mustang yang ditunjukkan pada awal pembukaan trailer.
Filem ‘Budak Kripto’ merupakan hasil arahan pengarah, Din CJ yang pernah mencetuskan fenomena menerusi drama bersiri Cinderella pada 1998. Dalam filem ini, beliau telah menampilkan beberapa bakat baru seperti Zam Azmi dan Nurul Hida.
Pada masa yang sama, filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon lagenda yang menyinari industri hiburan tempatan antaranya Datuk David Arumugam, Liza Abdullah, Kazar, A Galak, Yank Kassim dan TS Jefrey.
Menurut Din CJ, filem ini dihasilkan berdasarkan kisah benar dan beliau berharap dapat memberikan pengajaran kepada orang ramai. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 11 November tahun ini.
‘Budak Kripto’ mengisahkan Putra terbabit dengan penipuan skim cepat kaya membabitkan pelaburan wang jutaan ringgit hingga dia kehilangan ahli keluarga. Akhirnya, Putra bertemu Bro Mus Leader yang memperkenalkannya dengan mata wang Kripto sekali gus mengubah nasibnya.
Sinetron Indonesia sering kali menampilkan babak-babak yang ‘tidak masuk akal’ kepada para penonton. Klik pautan di bawah untuk baca beberapa artikel siri sinetron yang pernah kami kongsikan sebelum ini.
Netizen Keliru Bagaimana Batman Boleh Muncul Dalam Drama Bersiri Indonesia Ini
‘Dengar Muzik TikTok Terus Terjaga Dari Koma’- Babak Drama Indonesia Ini Bikin Netizen Terhibur
Bagaimana Iklan Unik Dari Indonesia Ini Berjaya Mendapat Perhatian Dunia