Pada minggu lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi ‘Pride Collection’ yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Memetik kenyataan baharu Swatch Malaysia melalui portal Malaysiakini, pihak mereka menolak kenyataan menteri bahawa jam tangan mereka yang dirampas kerajaan awal bulan ini tertera tulisan LGBTQ, yang merujuk kepada lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Syarikat jam terkemuka dunia itu sebaliknya menjelaskan tulisan LGBT hanya tertera pada jam yang dirampas pada tahun sebelumnya.

“Berkaitan dengan berita yang baru diterbitkan yang menyatakan bahawa semua jam tangan Swatch yang dirampas mempunyai perkataan LGBT, Swatch Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Jam tangan yang berkaitan adalah daripada koleksi tahun ini dan tidak mempunyai perkataan LGBT di dial, tali atau case.

“Satu-satunya jam tangan yang dirampas dengan perkataan LGBT adalah daripada koleksi tahun lepas,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengeluarkan kenyataan huruf ‘LGBTQ’  jelas tertera di atas permukaan jarum jam tangan Swatch yang dirampas oleh kementeriannya awal bulan ini.

Beliau berkata model jam tangan serupa tidak dijual di negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menjaga sensitiviti agama masyarakat setempat.

Sumber