Selepas tampil beberapa kejutan pada April lalu dengan video kolaborasi bersama Zach King dan memenangi pertandingan Ultimate VFX Challange di Los Angeles, Sofyank96 kembali dengan video terbaharunya.

Video baharu itu bagi mempromosikan aplikasi pembayaran mudah alih milik Petronas, Setel. Dalam video kali ini, buat pertama kali Sofyank berlakon dengan isterinya.

Baca Juga:

Dalam satu hantaran IG yang dibuat semalam, Sofyank meluahkan rasa gementar untuk kongsikan video tersebut kerana ini kali pertama beliau shoot video production bersama isterinya untuk melengkapkan storyline yang memerlukan sentuhan fizikal antara beliau dan talent perempuan.

Perasan gementar Sofyank itu ‘terubat’ apabila rata-rata penonton berasa kagum melihat betapa kemas transition antara satu babak dengan babak yang lain. Daripada babak membeli air kopi, kemudian tukarkan isterinya menjadi patung di kedai baju.

Babak paling menarik perhatian apabila Sofyank memperlihatkan bunga-bunga mengelilingi tubuhnya dan menjadi ‘pagar’ ketika beliau melutut di hadapan isterinya.

Sangat kemas suntingan yang dibuat oleh Sofyank yang mempunyai vibe-vibe ala filem keluaran Disney.

https://twitter.com/jannatfirdaus_/status/1658358830814887943?s=20

Sofyank juga tidak lupa berkongsi inspirasi video tersebut diambil daripada pakar suntingan efek dari luar negara, Goran Kraljevic.

Beliau didakwa telah membantu Sofyank untuk menjayakan efek dalam video iklan Setel tersebut.