Pemain tengah skuad kebangsaan, Syamer Kutty Abba menerima komen jelik yang menyentuh isu perkauman dari warga Indonesia di laman media sosial.

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memuat naik gambar Syamer di laman media sosial yang menyambut hari jadi yang ke-27 pada 1 Oktober lalu.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini lantas mendapat perhatian dari warga negara jiran yang mana mereka menulis komen jelik terhadap Syamer Kutty Abba yang menyentuh isu perkauman.

Syamer Kutty Abba
Syamer Kutty Abba

Ada warga yang menulis bahawa Syamer merupakan pemain naturalisasi dari Bangladesh sekaligus mencetuskan perdebatan di laman X FAM.

Perseteruan luar padang antara Malaysia dan Indonesia terjadi selepas peminat dan media negara jiran menganggap bola sepak mereka jauh lebih baik berbanding Malaysia.

Layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia adalah salah satu perkara yang digunakan dalam hujan media dan peminat Indonesia ketika menyerang bola sepak Malaysia.

Baru-baru ini, media sama menyindir Malaysia selepas selepas skuad Harimau Muda gagal untuk melayakkan diri ke saingan AFC B-20 Tahun yang bakal diadakan pada 2025 nanti.

Malah, ada segelintir warga seberang menyerang laman media sosial Instagram milik calon pemain warisan negara iaitu Josh Brownhill selepas terdapat laporan beliau semakin hampir untuk beraksi bersama Malaysia.

Tonggak berusia 28 tahun yang juga kapten kelab Burnley itu dilaporkan sedang dalam proses menyelesaikan dokumentasi untuk membolehkannya mewakili Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Di ruangan komen, ada yang menggesa agar Brownhill tidak beraksi dengan Malaysia kerana skuad Harimau Malaya tidak layak ke saingan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

“Jangan beraksi dengan Malaysia. Bola sepak mereka ketika ini sangat buruk,” tulis seorang warga seberang di ruangan komen.

Selain Josh Brownhill, seorang lagi pemain iaitu Zien Flemming turut dilaporkan sedang menyelesaikan segala dokumentasi yang diperlukan bagi membolehkan beliau beraksi bersama Malaysia.

Seorang lagi pemain, Mats Deijl pula tidak akan beraksi bersama Malaysia selepas FIFA mengesahkan bahawa dokumentasi yang telah dilampirkan menunjukkan beliau hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat badan itu.