Penceramah bebas, Syamsul Debat telah menegur cara isteri penyanyi terkenal – Caprice – yang baru baru ini dianggap telah menjatuhkan maruah orang yang datang meminta maaf.

Di mana seorang pemuda diarahkan melutut untuk meminta maaf sambil dirakam dan disebarkan di media sosial.

Baca Juga:

Wanita itu dikatakan sangat marah apabila lelaki tersebut telah mengutuk anaknya yang masih bayi dengan kata kata kesat yang dianggap melampau.

Individu Hina Wajah Anak Caprice Melutut Minta Maaf Depan Isterinya

Maka dia telah menuntut permohonan maaf dengan cara dia mahukan iaitu meminta pelaku untuk melutut.

Menurut Syamsul Debat, cara itu agak keterlaluan dan tidak ada di dalam Islam.

Dipetik daripada laman Harian Metro, Syamsul berkata: “Selalu dalam ceramah, saya cakap minta maaf dan memaafkan ini syaratnya satu saja iaitu tidak perlu ada sebarang syarat.

“Maknanya, kalau hendak memaafkan orang, jangan letak syarat, contohnya ramai orang kita ini kalau minta maaf kena macam itu atau macam ini sedangkan itu bukan caranya.

“Cara Islam, yang meminta maaf dan memaafkan perlu ikhlas dan sama-sama merendahkan diri bukannya sampai menjatuhkan maruah orang lain. Tak kisah hendak meminta maaf itu secara terbuka tetapi jangan sampai memalukan orang kerana Islam tak ajar macam itu.”

Apa yang penting menurut Syamsul Debat lagi, pelaku tersebut telah datang meminta maaf. Namun itu bukan bermaksud yang datang meminta maaf harus dilayan sedemikian rupa sehingga menjatuhkan maruhanya.

Kerana menurut beliau kedua dua pihak yang meminta maaf dan yang memaafkan harus ada rasa rendah hati. Dan paling penting, si pelaku sudah datang meminta maaf.

“Mungkin kita hendak cerita dekat orang lain dia itu buat apa, tetapi apa yang lebih penting kita hendak pelaku itu meminta maaf.

“Bukan bermakna yang meminta maaf itu juga perlu meletakkan diri sampai macam itu sekali kerana sepatutnya pihak yang memaafkan juga perlu sama-sama merendahkan diri,” tegas beliau lagi kepada sumber yang sama.