Pengarah, Syamsul Yusof akhirnya menyelesaikan kemelut rumah tangganya. Hari ini, dia mengakui dan mengesahkan sudah bernikah dengan pilihan hatinya, Ira Kazar sebagai isteri kedua.
Menerusi video perkongsiannya itu, dia mengatakan perkahwinannya bersama Ira Kazar berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa Ira sendiri iaitu pelakon lagenda, Kazar Saisi.
Baca Juga:
- Puteri Sarah Liyana Dakwa Syamsul Yusof Berkahwin Dengan Ira Kazar Di Thailand
- ‘Buat Apa Nak Saman Jawi?’ – Puteri Sarah Desak Syamsul Yusof Mengaku Sudah Kahwin Lagi
- Puteri Sarah Beri ‘Hint’ Syamsul Dan Ira Sudah Nikah Secara Senyap?
“Saya sudah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan ayah dia sendiri di Thailand. Ada sebab ia dilangsungkan di sini bagi memudahkan beberapa perkara. Perkahwinan ini juga sudah didaftarkan,” ujarnya menerusi video tersebut.
“Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Puteri Sarah pernah memberi ‘hint’ suaminya, Syamsul bernikah dengan Ira di Thailand, namun kedua-dua pihak masih berdiam diri. Sehingga ke hari ini, semuanya diperjelaskan oleh Syamsul.