Sebuah syarikat tular di media sosial selepas menawarkan perkhidmatan menguruskan kematian kucing.

Bagaimanapun apa yang menjadi masalah adalah apabila perkhidmatan yang ditawarkan itu seolah-olah mengurus jenazah seorang manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Premium Islamic Burial, Islamic Burial dan Islamic Land-land.

Perkhidmatan ini kebanyakannya menawarkan khidmat kafan, tanam, doa dan macam-macam lagi.

Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Mohammad Fareez Harith, beliau mengecam sekeras-kerasnya tindakan syarikat terbabit.

Selain itu, dalam kemaskini terbaharunya, difahamkan bahawa syarikat yang menguruskan perkhidmatan tersebut sebenarnya bukanlah daripada komuniti Muslim.