Sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah individu mendapatkan minuman berkafein untuk berjaga malam. Siapa sangka kini ada syarikat pengeluar yang sedia makanan segera yang mengandungi kafein untuk fungsi yang sama.

Terbaharu, sebuah syarikat pengeluar makanan ringan dan segera Jepun, Nissin bakal memperkenalkan mi dan nasi segera berkafein. Dikatakan ia sebagai alternatif kepada minuman bertenaga.

Baca Juga:

Sumber Gambar: IGN

Produk terbaharu ini menyasarkan peminat permainan video atau gamers yang sedang berkembang pesat. Bilangan peminat permainan video di negara matahari terbit itu khususnya dikatakan melebihi 50 juta.

Angka itu kira-kira 40 peratus daripada penduduk Jepun pada tahun 2022. Produk ini bakal hadir dengan dua perisa iaitu yakisoba (mi goreng) bawang putih dan lada hitam dengan harga $1.90 (~RM8.89) serta nasi bersama kari pada harga kira-kira $2(~RM9.35).

Produk terbaharu ini mengandungi bahan-bahan yang terdapat dalam minuman tenaga seperti kafein, arginin, sejenis asid amino yang membantu badan menghasilkan protein dan niasin yang juga dikenali sebagai Vitamin B3.

Kedua-dua produk didatangkan tanpa kuah sup yang menjadikan pengguna tidak perlu risau tangan atau persekitaran mereka kotor. Produk terbaru ini akan dipasarkan di Jepun mulai 18 September kelak.