Syarikat pembangun permainan video battle royale terkenal PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG), Bluehole studios telah menarik saman terhadap syarikat pembangun permainan video Fortnite iaitu Epic Games yang mengatakan bahawa syarikat itu telah melanggar hak cipta.

Berdasarkan laman sesawang Bloomberg, syarikat itu telah menghantar surat kepada wakil peguam Epic Games untuk menggugurkan kes saman tersebut dan kini kes saman itu telah ditutup.

Difahamkan pengguguran saman ini dibuat berdasarkan permintaan Tencent yang mempunyai pegangan di dalam PUBG Corp dan juga Epic Games. Setakat ini pihak Epic Games masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berikutan penarikan saman terhadap mereka.

Sumber