Seperti yang kita sedia maklum, Mohamad Norhadhim Sari atau lebih dikenali sebagai abang bas telah didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas 2 pertuduhan melakukan perkara tidak wajar terhadap 2 kanak-kanak sejak bulan April lalu.

Walaupun ramai yang mengecam, tidak kurang juga ada yang berpihak kepadanya dan memberi sokongan moral kerana dianggap telah difitnah oleh entiti tertentu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Terbaharu, kakak kepada abang bas dilihat memuat naik satu hantaran di Facebook berhubung kutipan dana untuk mengikat jamin adiknya yang berjumlah RM30,000.

Dia membuka bicara sengan menitipkan kesyukuran ke hadrat illahi kerana masih ramai saudara seislam yang memberi sokongan moral dan respons positif sejak adiknya didakwa baru-baru ini.

“Sekali lagi kami merendah diri membuka tabung seikhlas hati atas dasar perikemanusiaan dan keharmonian, dari mata dan sisi Allah yang tidak pernah tidur untuk diri ini mendapatkan keyakinan.

“Allah yang maha mendengar dan maha mengetahui, ” jika Allah berkehendakkan sesuatu itu terjadi maka terjadilah ia” …terima kasih warga somec yang banyak memberi nasihat, komen2 positif, kata2 semangat untuk membuka tabung “abang bas” sebagai tiket saham akhirat mereka, luahnya dengan nada hiba.

Dalam masa sama, dia menitipkan doa buat adiknya iaitu abang bas agar diberikan kekuatan dan berjaya menghadapi ujian getir ini di samping sentiasa mengingati Allah S.W.T.

Di pengakhiran kalam, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan dan sokongan moral kepada keluarga mereka. Lalu, dia mendoakan segala kebaikan yang diterima akan dibalas berlipat kali ganda kepada masing-masing.

Sumber Gambar: FB

Menjengah ke ruangan komentar, seperti biasalah ia telah dihujani dengan kata-kata semangat oleh para penyokongnya.

Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Bukan itu sahaja, kutipan sumbangan untuk mengikat jamin abang bas dilihat telah menerima sambutan baik apabila ramai yang mendedahkan mereka telah memberi sumbangan dan ada yang berkongsi resit bank in sebagai bukti.