Sejak akhir-akhir ini insiden kanak-kanak tertinggal di dalam kereta semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menambah SOP baharu dengan mewajibkan operator tadika dan taska menghubungi ibu bapa dengan segera jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas seperti biasa.

Pelaksanaan itu bagi mengelak kejadian ibu bapa tertinggal anak di dalam kereta berulang lagi pada masa akan datang, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Menteri KPWKK, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, SOP baharu itu wajib dilaksanakan oleh tadika dan taska susulan kekerapan kes kanak-kanak maut selepas ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan mereka di dalam kereta.

Menurutnya, Tadika dan Taska juga perlu mendapatkan nombor telefon tambahan kalangan ahli keluarga kanak-kanak selain ibu bapa bagi membolehkan tindakan segera diambil jika berlaku kecemasan.

“KPWKM memperbaharui SOP susulan tiga kes kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta dalam tempoh dua bulan ini.

“Operator Taska atau Tadika wajib menghubungi ibu atau bapa jika ada kanak-kanak tidak hadir ke kelas kerana ia mungkin berlaku disebabkan salah faham seperti kemungkinan biasanya ibu yang menghantar anak, tetapi pada hari itu tiba-tiba bapa pula yang menghantar dan dia terlupa ke Taska sebaliknya terus ke pejabat dengan anaknya terkunci di dalam kereta,” katanya.

Berikutan kekerapan kejadian kanak-kanak maut selepas tertinggal di dalam kereta, KPWKM menerima pelbagai reaksi serta cadangan daripada orang ramai bagi mengatasi masalah itu.

Antaranya seperti melarang penggunaan cermin kereta gelap. Namun menurut beliau, KPWKM hanya mampu menambah baik SOP tadika dan taska manakala yang lain seperti cermin kereta gelap itu bidang kuasa kementerian lain

Sumber