Walaupun sudah lama pihak PDRM menegaskan bahawa ‘marshal’ tiada kuasa untuk menyuruh pengguna jalan raya lain memberi laluan, lencongan dan hentikan kenderaan mereka, namun masih banyak lagi individu berdegil bertindak sebagai marshal untuk ‘melancarkan’ perjalanan konvoi tidak kira kereta mahupun motosikal.

Pada petang semalam seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video dashcam di mana dia terpaksa memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan walaupun lampu isyaratnya sudah menunjukkan warna hijau, gara-gara ada seorang lelaki meletakkan motor skuter di persimpang itu dan mula ‘mengawal trafik’ untuk memberi laluan kepada konvoi terdiri daripada puluhan biji motor skuter yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Konvoi bang. Jenis tak ada brek untuk berhenti di lampu isyarat. Orang nak pergi hospital pula yang kena tunggu bagi laluan dekat dia,” petik kapsyen hantaran Facebook itu.

 

Menurut salah satu komen netizen, kejadian tersebut dipercayai berlaku di persimpangan untuk menuju ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Perkongsian video itu menjadi pertikaian warganet yang mana majoriti pengguna Facebook mengecam tindakan marshal dan konvoi tersebut. Bagaimanapun, sejumlah besar pengguna TikTok menyatakan tidak salah sekiranya kenderaan lain ‘menunggu sebentar’ sehingga motor skuter terakhir konvoi beredar dari jalan itu supaya tidak berlaku sebarang kemalangan.

Sumber Gambar: TikTok @utusantvofficial
Sumber Gambar:
Sumber Gambar:
Sumber Gambar: TikTok @utusantvofficial
Sumber Gambar: TikTok @utusantvofficial
Sumber Gambar: TikTok @utusantvofficial

Pada akhir video tersebut apabila motor skuter terakhir meninggalkan persimpangan itu, marshal tersebut mengarahkan perakam dashcam membelok untuk meneruskan perjalanan.

Dalam satu artikel sebelum ini, Ketua Polis Daerah Port Dickson memberi peringatan melalui dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsikan melalui Facebook bahawa seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan, memberhentikan kenderaan atau melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.